Wednesday 10 April 2013

KAMPUNG BARU THE MUSICAL ♥ :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Sekalung tahniah buat semua tenaga telah menjayakan pementasan Teater Muzikal Kampung Baru yang telah dipertontonkan pada 3 April 2013  dengan jayanya di Dewan besar Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang. Sebuah karya Hatta Azad Khan yang memaparkan isu-isu yang terdapat di lingkungan atmosfera Kampung Baru yang dipentaskan oleh pelajar semester 6 diploma Pengurusan Pelancongan Politeknik Ibrahim Sultan. 



Sinopsis :
Sekumpulan anak muda berilmu, lulusan universiti luar dan dalam negara pelbagai bidang bersatu tenaga di bawah teraju Gulam Russel. Mereka membuat pelan dan perancangan membangunkan Kampung Baru secara menyeluruh, lengkap dengan infrastruktur, latihan kemahiran penduduk, serta agihan hartanah selepas dibangunkan. Kumpulan ini telah mengadakan penyelidikan yang rapi di seluruh jabatan kerajaan dan pihak berkuasa bandar raya tentang segala aspek ekonomi, sosial dan perundangan Kampung Baru.
Apabila mereka mengemukakan idea itu kepada penduduk Kampung baru pelbagai peringkat umur, mereka mendapat reaksi yang pelbagai. Haji Palawan, golongan tua yang merupakan penduduk asal Kampung Baru sukar dibawa berunding. Dia menyimpan rasa geram dan dendam yang mendalam terhadap kegagalan pihak yang bertanggungjawab membangunkan Kampung Baru. Haji Palawan teringatkan Kongres Melayu yang pernah diadakan di Padang Kelab Sulaiman pada tahun 1946. Dia mengimpikan pemimpin seperti Dato` Onn dan Tunku Abdul Rahman.

Raja Molek dan dua suruhannya Nesan dan Jalad pula sentiasa mencari kesempatan untuk mendapatkan habuan dengan jalan menyewakan hartanah Kampung Baru kepada sesiapa sahaja yang mahu menjalankan apa-apa sahaja jenis perniagaan. Mereka juga menentang cadangan Gulam dan kawan-kawan. Namun, kumpulan yang berilmu dan bersemangat kental ini tidak mudah mengalah. Mereka turut disokong oleh Mak Renong dan Cik Pa. Haji Palawan akhirnya memberi restu. 








Poster Teater Muzikal Kampung Baru.




Banting yang dipasang bagi mempromosikan teater ini kepada orang ramai.


suasana dewan sebelum penonton masuk ke dewan



                              
                                   suasana belakang pentas






















itu sahaja daripada kami,semoga ia berguna untuk generasi yang akan datang =))
terima kasih   we love u  kampung baru